Wednesday, 3 September 2014

Pertandingan Pidato Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Muar dan Ledang 2014



Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Muar/Ledang Dengan Kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar/Ledang Dan MBD Muar Dan MBD Ledang akan Menganjurkan :
PERTANDINGAN PIDATO Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Muar & Ledang 2014.
Tarikh : 16 September 2014
Tempat : Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Muar/Ledang
*Kategori Yang di Pertandingkan :
1. Kategori Terbuka (18 keatas)
2. Kategori Sekolah (15thn-17thn)
*Tajuk akan disediakan oleh pihak pengajur dan Cabutan Tajuk akan dijalankan pada 11hb September 2014
*Tarikh tutup penyertaan pada 11hb September 2014
*Penyertaan 10 terawal setiap kategori sahaja diterima.
*Borang & syarat Pertandingan Boleh Didapati di Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Muar/Ledang
*Sebarang maklumbalas boleh menghubungi En . Mohaidi di talian 0178471640 @ Cik Bed 0147763900
"Lontarkan Semangat Kemerdekaan Anda"

**terma dan syarat
**Borang Pertandingan Kategori Terbuka
**Borang Pertandingan Kategori Sekolah

Tuesday, 12 August 2014

Kursus Pembinaan Pasukan Zon Selatan Bil 3/2014

Kursus Pembinaan Pasukan Zon Selatan Bil 3/2014

- Tarikh: 26-29 Ogos 2014
- Tempat: APBM, PD, N.Sembilan
- Sasaran Peserta: AJK Persatuan Belia, AJK Pers Rekreasi, AJK Pers Kecergasan, AJK Kelab Rakan Muda Parlimen dan Penggerak Rakan Muda berumur 18 thn ke atas.
- Muar/Ledang 10 org
- Dateline Nama Peserta pd 21.8.14
- Sebarang pertanyaan kpd En Mohaidi 0178471640 @ Cik Bed 0147763900
- Transport akan disediakan PBSD MUAR (masa akan dimaklumkan kemudian)
Senarai Keperluan Kursus

1. Pakaian
- Lelaki:
Kuliah: Baju kemeja, seluar slack, berkasut n stokin
Riadah: Baju T, seluar track, kasut sukan, dan stokin
Ibadah: Sopan n bersongkok
Perasmian: Baju Korporat/T-shirt berkolar NGO yg diwakili

- Perempuan:
Kuliah: Baju kemeja, seluar panjang, atau berbaju kurung yg sopan, kasut atau sepatu
Riadah: Baju T, seluar track, kasut sukan, dan stokin
Ibadah: Pakaian Ibadah wanita
Perasmian: Baju Korporat/T-shirt
berkolar NGO yg diwakili

2. Peralatan Peribadi
i. Ubat gigi
ii. Berus gigi
iii.Sabun
iv. Lain2

3. Ubatan Peribadi ( utk yg ada penyakit serius)
4. Pakaian harian secukupnya
5. Komputer Riba
6. Keperluan lain yg dirasakan perlu

Monday, 11 August 2014

Program Bantuan Belia Islam Johor

Program Bantuan Belia Islam Johor :-
Sebuah Usaha Daripada Pelan Suara Hati Johor Yang Didukung Oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ)
1- Program Bantuan Usahawan Belia :-
# pemberian geran sebanyak RM5,000 dalam bentuk sewaan pejabat atau peralatan pejabat
# penerima akan diberi keutamaan untuk menyewa di inkubator usahawan PIJ
# semua kertas kerja akan dinilai oleh panel jawatankuasa khas
2- Program Bantuan Penjaja Kecil :-
# peniaga dan penjaja kecil akan diberi bantuan tunai RM500 seorang
# perniagaan mestilah mematuhi undang-undang pihak berkuasa
3- Program Bantuan "Youth Collective" :-
# pemberian set khemah, kerusi dan meja bagi tujuan operasi perniagaan kepada usahawan belia kreatif yang mempunyai jenama sendiri
# semua usahawan ini akan dikumpulkan dibawah satu koperasi
4- Program Tajaan NGO Belia Islam :-
# persatuan belia yang aktif dan berpotensi menjalankan aktiviti seperti keusahawanan, permotoran dan kerohanian akan diberi keutamaan
# semua kertas kerja akan dinilai oleh panel jawatankuasa khas
-Borang permohonan boleh didapati di :-
* Perbadanan Islam Johor
* Jabatan Belia dan Sukan
www.pij.gov.my
- Borang permohonan yang lengkap sila hantar kepada :-
* Perbadanan Islam Johor
* Jabatan Belia dan Sukan

TARIKH TUTUP :- 10/09/2014

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :-
# Perbadanan Islam Johor
07-2276223 / 07-2276197
(En Azizi / Tn Hj Ali)
# Pusat Pembangunan Belia Johor 07-2266873
(En Shahrul / En Azrul)

Sunday, 10 August 2014

Johor Talent

Kerajaan Negeri Johor melancarkan program Johor Talent tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi untuk membentuk pemimpin masa depan negara, pembuat dasar dan tokoh dunia korporat.

Mereka akan berada di bawah seliaan kerajaan negeri dan syarikat-syarikat selama tiga hingga enam bulan. Dari situ, kita akan menilai prestasi mereka.Mereka yang menunjukkan prestasi yang baik semasa bertugas dan dengan potensi untuk menjadi pemimpin masa depan pekerjaan dan pembuat keputusan akan ditawarkan dengan kerajaan negeri dan syarikat-syarikat

Kita telah menghadapi pengaliran keluar pakar dan kekurangan orang berbakat untuk berkhidmat di negeri ini, terutama Iskandar Malaysia. Jika kita tidak mengambil langkah-langkah proaktif sekarang untuk memberi rakyat kita sendiri peluang untuk berkhidmat kepada negeri mereka, kami tidak mempunyai pilihan untuk mengambil orang luar.

Penting anak Johor untuk kembali bekerja di negeri ini yang dalam proses menjalani transformasi dan negeri berpendapatan tinggi

Langkah-langkah proaktif perlu diambil sekarang untuk memulakan pengkaderan pemimpin yang berpotensi pada usia muda.Kita mempunyai begitu ramai orang yang berbakat dari Johor yang bekerja di negeri-negeri lain, syarikat-syarikat besar di bahagian lain negara dan juga syarikat-syarikat multinasional

Permohon perlu menghantarkan resume, salinan transkrip akademik, gambar bersaiz ukuran passport dan salinan dokumen sokongan yang lain ke alamat email;
johortalent@gmail.com.

Tarikh tutup permohonan selewat – lewatnya pada 12Ogos 2014. Sebarang pertanyaan, hubungi IKLAS di talian, 07 – 224 5488 atau 07 – 221 3148 atau email kami di johortalent@gmail.com . Layari Facebook Johor Talent untuk mengikuti perkembangan dan info semasa mengenai Johor Talent.



Penamaan Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia

Berminat Untuk Menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia??
Pencalonan boleh di buat Sekarang.

Mari Beramai2..Alert Pada Tarikh2 Nie K....Pencalonan Selama 2 Minggu....Mohon Untuk Layari Portal Kami Dan Lihat Video2 Cara2 Penamaan Calon Dibuat Kalo Xfaham Gak Leh Ke Sistem E-Pbm Untuk Perhalusi Panduan Sistem Bagi Penamaan Calon Nie Dihttps://Epbm.Parlimenbelia.Gov.My @ Portal Kami Di Www.Parlimenbelia.Gov.My




Tuesday, 15 April 2014

kursus asas solekan dan penjagaan muka



Borang Penyertaan boleh dapatkan di Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor Daerah Muar @Pusat Kegiatan Rakan Muda Muar atau boleh download disini
Sebarang Maklum Balas boleh menghubungi :
En. Mohaidi  :: 017-8471640
Cik Bed :: 0147763900
Cik Aime :: 011-17530856

Thursday, 10 April 2014

MY ROYAL BAKERY





Program Duta Jauhar : Mahasiswa Johor Prihatin 

“MY ROYAL BAKERY”

18 April 2014 - 21 Jun 2014 (April – Jun 2014)

8.30 pagi hingga 11.30 pagi

Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Muar

bagi yang berminat boleh mendapatkan borang di sini atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Mohaidi di talian 0178471640